Friday 23 December 2011

Pendidikan Prasekolah


Pendidikan Prasekolah
            Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah pendidikan negara. Pada Tahun 1992, hanya 1,131 buah sekolah KPM yang menawarkan pendidikan prasekolah. Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah bertambah daripada 26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM dan pihak swasta. Yang pasti terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah.
            Pada tahun 2003, kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik. Di samping itu, pihak KPM sentiasa menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan pihak KPM telah memulakan langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan.

Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010,            
          Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001) Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010,                               
          Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wednesday 21 December 2011

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Guru yang berperkerti mulia, 
berpandangan progresif dan saintifik, 
bersedia menjunjung aspirasi negara serta 
menyanjung warisan kebudayaan negara, 
menjamin perkembangan individu dan 
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, 
demokratik, progresif dan berdisiplin. 

(Bahagian Pendidikan Guru, 1982)

Wednesday 7 December 2011

MISI PRASEKOLAH SK TELOK PIAL



MISI PRASEKOLAH SK TELOK PIAL
Melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, berdisiplin, mengamalkan nilai-nilai murni,
berani dan yakin akan kebolehan diri.

VISI PRASEKOLAH SK TELOK PIAL


VISI PRASEKOLAH SK TELOK PIAL
Untuk menjadi sebuah kelas
prasekolah yang cemerlang
bagi melahirkan murid-murid Bestari

MISI SEKOLAH SK TELOK PIAL



MISI SEKOLAH SK TELOK PIAL

Melaksanakan dasar Kementerian Pelajaran
untuk mewujudkan insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
membentuk generasi yang cemerlang 2015.

VISI SEKOLAH SK TELOK PIAL







VISI SEKOLAH SK TELOK PIAL

SK Telok Pial cemerlang 2015.

Tuesday 6 December 2011

TONGGAK DUA BELAS


TONGGAK
DUA BELAS

·         Menghargai masa
·         Ketekunan membawa kejayaan
·         Keseronokan bekerja
·         Keutamaan  kesabaran
·         Ketinggian peribadi
·         Kekuatan  sifat baik hati


·         Pengaruh teladan
·         Kewajipan menjalankan tugas
·         Kebijaksanaan berhemat
·         Kemuliaan kesederhanaan
·         Peningkatan bakat
·         Nikmat mencipta