Pendidikan Prasekolah
Buat pertama kalinya pendidikan
prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah pendidikan negara. Pada
Tahun 1992, hanya 1,131 buah sekolah KPM yang menawarkan pendidikan prasekolah.
Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah
bertambah daripada 26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk
dengan bilangan kelas yang disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara,
Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM dan pihak swasta. Yang pasti terdapat peningkatan
yang mendadak dari aspek penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan
prasekolah.
Pada tahun 2003, kurikulum
Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan
prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan swasta. Strategi
yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan
untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik. Di samping itu, pihak KPM
sentiasa menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan
pihak KPM telah memulakan langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan
kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan.
Rujukan
Kementerian
Pelajaran Malaysia, (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010,
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Kementerian Pelajaran
Malaysia, (2001) Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010,
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.