MINGGU : KE – 1 HARI : ISNIN
TEMA : MINGGU ORIENTASI TARIKH : 03.01.2011
TUNJANG / MASA | PERKARA | CATATAN/IMPAK |
RUTIN DAN PERBUALAN PAGI ( 30 MIN ) | Rutin kelas : - Murid berkumpul untuk sarapan,mengucapkan selamat pagi, menanda kehadiran, melafaz syahadah, Al-Fatihah dan doa penerang hati. Perbualan pagi : 1. Ibu bapa / Penjaga menyerah anak-anak mereka kepada guru kelas dan Pembantu Pengurusan Murid. 2. Memberi ruang dan masa untuk murid-murid menyesuaikan diri. | H : TH : |
FIZIKAL & ESTETIKA ( 40 MIN ) | Standard Pembelajaran (PFK 1.1.2)Menggunakan tangan untuk merenyuk ( Crush ) kertas (PFK 1.1.9) Menggunakan jari untuk mengoyak bahan mengikut rupa Objektif Diakhir pembelajaran murid boleh : 1. Merenyuk kertas sehingga menjadi bulat. 2. Mengoyak kertas menjadi cebisan kecil. Aktiviti 1. Murid diberi kertas dan guru menunjuk cara bagaimana untuk merenyuk kertas menjadi bulat. 2. Kemudian membuka kertas tersebut dan mengoyak kertas menjadi cebisan kecil. 3. Murid merenyuk dan mengoyak kertas tersebut menjadi cebisan kecil. 4. Murid digalakkan melakukan berulang kali sehingga mereka boleh melakukan dengan betul. | BBM - Kertas |
KETRAMPILAN ( 40 MIN ) | Standard Pembelajaran (PSE 1.1.4) Menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti gembira, sedih, takut dan marah. Objektif Diakhir pembelajaran murid boleh : 1. Menceritakan pengalaman pada hari pertama persekolahan. Aktiviti 1. Guru berbual dengan murid untuk merangsang mereka bercerita. 2. Murid bercerita pengalaman mereka semasa di hari pertama, sama ada gembira, sedih , takut dan marah. | |
SAINS & TEKNOLOGI ( 30 MIN ) | Standard Pembelajaran ((ST 1.1.2) Menunjukkan sikap sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab. (ST 2.3.1) Membanding dan mengumpulkan objek-objek mengikut satu ciri: a. Warna b. Bentuk Objektif Diakhir pembelajaran murid boleh : 1. Membanding dan mengumpulkan objek mengikut warna dan bentuk. Aktiviti 1. Guru menunjukkan bongkah pelbagai warna kepada murid-murid. 2. Murid-murid berada dalam kumpulan dan membuat pertandingan mencari bongkah yang sama warna 3. Murid mengelaskan lego mengikut bentuk dan warna. | BBM - LEGO - BONGKAH |
MINGGU : KE – 1 HARI : ISNIN
TEMA : MINGGU ORIENTASI TARIKH : 03.01.2011
TUNJANG /MASA | PERKARA | CATATAN |
30 MIN | REHAT | |
BAHASA MALAYSIA ( 60 MIN ) | Standard Pembelajaran (BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila dengan bimbingan. (BM 2.1.3) Berbual dengan menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul Objektif Diakhir pembelajaran murid boleh : 1. Mengucapkan ucapan bertatasusila. 2. Berbual dengan sebutan yang betul. Aktiviti 1. Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah. 2. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid. 3. Menyanyikan lagu ucapan selamat Contoh: Selamat pagi cikgu, Selamat pagi cikgu, Selamat pagi, Selamat pagi, Selamat pagi cikgu. (Melodi: Happy Birthday) 4. Bercerita tentang diri sendiri. | Nilai murni - bersopan santun - Hormat-menghormati |
AKTIVITI PENAMAT ( 40 MIN ) | Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pembelajaran hari ini. Menyanyikan lagu selamat pulang. Murid berbaris dan mengucapkan ucapan selamat pulang serta membaca doa untuk pulang. |
REFLEKSI :
Sangat membantu..t.kasih cg
ReplyDelete