RANCANGAN TAHUNAN PRASEKOLAH
NEGERI PERAK
PERMAINAN LUAR
MODUL TERAS ASAS | |||
MODUL 1 | TEMPOH : SEPANJANG SEMESTER 1 DAN SEMESTER II v Guru perlu mencapai standard lakuan terbaik. | ||
FOKUS | STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN | CATATAN |
PFK 2.0 Perkembangan motor kasar | (PFK 2.1) Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor | (PFK 2.1.1) Berjalan dengan postur dan lakuan yang betul. (PFK 2.1.2) Berjalan ke hadapan, ke sisi kiri dan kanan. (PFK 2.1.3) Berjalan dan mengimbang badan di atas garisan atau tali di atas lantai. (PFK 2.1.4) Berlari dengan lakuan yang betul. (PFK 2.1.5) Berlari bebas pelbagai arah. (PFK 2.1.6) Merangkak dengan lakuan yang betul. (PFK 2.1.7) Melompat dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki menggunakan lakuan yang betul. (PFK 2.1.8) Naik dan turun tangga dengan berpegang kepada pemegang. (PFK 2.1.9) Berjalan mengundur dengan lurus. (PFK 2.1.10)Berjalan dan mengimbang badan di atas bangku panjang yang rendah. (PFK 2.1.11)Berjalan dengan pundi kacang di atas kepala. (PFK 2.1.12)Berlari dengan lakuan yang betul dalam jarak tertentu. (PFK 2.1.13)Berlari ke arah yang ditentukan. (PFK 2.1.14) Merangkak dengan lakuan yang betul di ruang tertentu. (PFK 2.1.15) Melompat pelbagai aras dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki menggunakan lakuan yang betul. (PFK 2.1.16) Berjengket beberapa langkah ke arah tertentu. (PFK 2.1.17) Berketengteng dengan lakuan yang betul. (PFK 2.1.18) Melompat dengan halangan pada aras yang rendah. (PFK 2.1.19) Skip menggunakan lakuan yang betul. (PFK 2.1.20) Naik dan turun tangga. (PFK 2.1.21) Berkawat kaki dengan lakuan yang betul. (PFK 2.1.22) Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan ( contoh: bermain dengan gelungsur, jongkang- jongkit, buaian dan lain-lain permainan luar.) | |
MODUL TERAS ASAS | |||
MODUL 2 | TEMPOH : SEPANJANG SEMESTER 1 DAN SEMESTER II v Guru perlu mencapai standard lakuan terbaik. | ||
FOKUS | STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN | CATATAN |
PFK 2.0 Perkembangan motor kasar | (PFK 2.2) Melakukan kemahiran motor kasar bukan lokomotor. | (PFK 2.2.1) Membuat pergerakan tangan mengikut arahan seperti menghayun tangan. (PFK 2.2.2) Duduk dengan postur yang betul. (PFK 2.2.3) Baring, menelentang dan meniarap dengan postur yang betul. (PFK 2.2.4) Menoleh kepala secara perlahan ke kiri dan kanan. (PFK 2.2.5) Membuat pergerakan tangan secara simulasi seperti menolak kotak, menarik tali dan lain-lain. (PFK 2.2.6) Berbaring sambil angkat kaki. (PFK 2.2.7) Mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki. (PFK 2.2.8) Berjengket setempat. (PFK 2.2.9) Melompat setempat. (PFK 2.2.10) Mendongak dan menunduk kepala secara perlahan. | |
MODUL TERAS ASAS | |||
MODUL 3 | TEMPOH : SEPANJANG SEMESTER 1 DAN SEMESTER II v Guru perlu mencapai standard lakuan terbaik. | ||
FOKUS | STANDARD KANDUNGAN | STANDARD PEMBELAJARAN | CATATAN |
PFK 2.0 Perkembangan motor kasar | (PFK 2.3) Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan kemahiran motor kasar. | (PFK 2.3.1) Melambung objek lembut dengan menggunakan dua tangan. (PFK 2.3.2) Menyambut objek lembut dengan menggunakan dua tangan. (PFK 2.3.3) Membaling objek bersaiz besar dan lembut ke sasaran menggunakan dua belah tangan. (PFK 2.3.4) Melambung objek lembut dengan menggunakan satu tangan. (PFK 2.3.5) Menyambut objek lembut dengan menggunakan dua tangan. (PFK 2.3.6) Membaling objek lembut ke sasaran menggunakan satu atau dua belah tangan. (PFK 2.3.7) Melempar objek seperti gelung ke skital. (PFK 2.3.8) Menggolek objek ke sasaran. (PFK 2.3.9) Melantun dan menangkap objek (contoh: bola besar) dengan kedua belah tangan. (PFK 2.3.10) Membawa objek dalam sudu sambil berjalan. | |
No comments:
Post a Comment