Friday 23 December 2011

Pendidikan Prasekolah


Pendidikan Prasekolah
            Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah pendidikan negara. Pada Tahun 1992, hanya 1,131 buah sekolah KPM yang menawarkan pendidikan prasekolah. Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah bertambah daripada 26,000 (1992) kepada 93,376 (2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM dan pihak swasta. Yang pasti terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah.
            Pada tahun 2003, kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik. Di samping itu, pihak KPM sentiasa menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan pihak KPM telah memulakan langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan.

Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010,            
          Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001) Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010,                               
          Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment